Cari @ Amanz

Xiaomi, salah satu daripada pembuat peranti pintar terbesar di dunia baru-baru ini dilaporkan telah mengesahkan bahawa mereka akan mula menghasilkan dan mengeluarkan kereta mereka tersendiri secara besar-besaran menjelang separuh pertama tahun 2024 kelak.

Pada awal tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan bahagian kenderaan elektrik mereka, dan dengan pengumuman tersebut, Lei Jun nampaknya telah memberikan tarikh umum mengenai bilakah orang ramai boleh menjangkakan ketibaan kenderaan-kenderaan elektrik Xiaomi ini.

Laporan Reuters turut mengatakan bahawa Xiaomi kini dilihat sedang berada dalam proses pengambilan kerja ramai jurutera automotif untuk tujuan ini, walaupun buat masa ini ia tidak diketahui lagi samada Xiaomi akan membangunkan kenderaan elektrik ini secara sendiri, atau akan bekerjasama dengan syarikat automotif yang lain.

Dengan perkongsian tarikh sasaran baharu ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah penawaran kenderaan daripada Xiaomi kelak, termasuk rekabentuk, penawaran dan kaedah Xiaomi dalam menceburi arena automotif ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd