Cari @ Amanz

Huawei Digital Power telah menandatangani kontak dengan syarikat tenaga SEPCOIII bagi membina sistem bateri simpanan tenaga terbesar dunia di Arab Saudi. Pek bateri Huawei mampu menyimpan 1300 MWh kuasa elektrik yang dijana oleh ladang solar dengan kapasiti 400 MW untuk Red Sea Project.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Red Sea Project ialah pusat peranginan mesra alam yang dibina dengan sasaran sifar impak kepada alam sekitar. Projek bateri Red Sea Project melangkaui kapasiti 1200 MWh projek NSW Hunter Valley yang diumumkan di Australia pada Februari tahun ini. Dengan wujudnya pek bateri, kuasa elektrik boleh dijana sebelum disimpan sebelum digunakan oleh grid apabila diperlukan.

Dalam projek bateri terbesar di dunia sebelum ini, pek bateri membekalkan tenaga kepada grid di Australia ketika waktu puncak bagi menyelesaikan masalah brownout.

Sumber PRNewsWire

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd