Cari @ Amanz

Speedtest hari ini telah mengeluarkan laporan untuk suku ketiga 2021 berkenaan dengan kelajuan akses internet di Malaysia. Melaluinya, berdasarkan kepada data yang dihimpunkan Speedtest, bandar Petaling Jaya mencatatkan kelajuan purata jalur lebar tetap tertinggi di Malaysia, dengan catatan kelajuan muat-turun 129.74Mbps dan muat-naik 89.11Mbps.

Mengikut dibelakang Petaling Jaya adalah Shah Alam, Kuala Lumpur, Nusajaya dan Johor Bahru.

Walaupun begitu, untuk jalur lebar tetap, beberapa faktor berbeza perlu diambil-kira untuk sesuatu lokasi berbanding jalur lebar mudah-alih – termasuk pakej yang dilanggan pengguna dikawasan berkenaan.

Sebelum ini, Speedtest turut mengatakan yang mana TIME menawarkan pengalaman paling konsisten dan pantas untuk suku ketiga 2021, diikuti Maxis dan TM.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd