Carian
Realme GT Neo2T Kini Rasmi Dengan Skrin AMOLED 120Hz, MediaTek Dimensity 1200
October 19, 2021 Aman

Realme hari ini telah melancarkan telefon pintar baharu dibawah keluarga Realme GT, iaitu Realme GT Neo2T. Diperkenalka di China, ia antara peranti terawal yang hadir dijana cip MediaTek Dimensity 1200.

Realme GT Neo2T hadir dengan skri 6.43-inci AMOLED yang menawarkan kadar segar semula 120Hz, meggunakan cip Dimensity 1200 yang menawarkan kelajuan sehingga 3Ghz, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah kamera utama 64MP, selain kamera swafoto 16-megapixel. Kamera belakang juga dilengkapkan dengan sensor ultra-lebar 8-megapixel,  dan sensor rakaman makro 2-megapixel.

Telefon pintar ini hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin, selain sokongan bicu audio 3.5mm. Menguasakan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan bateri 65W. Pada bahagian perisian, Realme GT Neo2T ini hadir dengan Android 11 dengan antaramuka Realme UI 2.0.

Buat masa ini, peranti ini ditawarkan di China sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diperluaskan ke pasaran global.

Komen