Cari @ Amanz

Mensrim ialah kerjaya moden yang semakin popular kerana ia hanya memerlukan kepakaran permainan video dan berbual topik menarik pada waktu yang sama. Hari ini dua mikrofon untuk penstriman telah dilancarkan iaitu Razer Seiren V2 Pro dan Seiren V2 X.

Razer Seiren V2 Pro dan Seiren V2 X dilengkapi mikrofon dinamik untuk menangkap audio berkualiti tinggi ketika menstrim serta menghalang hingar audio persekitaran. Terdapat pelbagai tetapan pada mikrofon yang membolehkan pengguna menala bunyi untuk situasi yang diperlukan. Di Malaysia Razer Seiren V2 Pro dijual pada harga RM729 dan Seiren V2 X pula pada harga RM489.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd