Cari @ Amanz

Pagi tadi, Google telah melancarkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Ia adalah peranti mercu premium Google dengan janaan cip pemprosesan tersendiri – Google Tensor. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula sehingga 120Hz, memori mencapai 12GB RAM, storan dalaman mencapai 512GB dan juga sehingga tr-kamera 50MP dengan telefoto.

Seperti yang tertiris sebelum ini, peranti Pixel disahkan akan menerima kemaskini sekuriti selama 5 tahun. Semasa pelancaran, Google tidak mendedahkan kemaskini sistem operasi berapa tahun. Sebentar tadi di laman web Android, informasi kemaskini peranti ini telah dimaklumkan.

Pixel 6 dan Pixel 6 Pro hanya akan menerima kemaskini sistem operasi Android sehingga tiga tahun. Peranti ini hadir dengan Android 12, jadi ia akan menerima kemaskini sehingga Android 15 dan tampalan sekuriti sehingga tahun 2026.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd