Redmi Note 11 Akan Dilancarkan Pada 28 Oktober

Diterbitkan pada Okt 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi tidak bergurau apabila mereka mengumumkan yang mereka berhasrat menjadi pengeluar peranti nombor satu dalam dunia dalam masa terdekat. Tidak cukup dengan belasan peranti Mi 11 dan Xiaomi 11, pelbagai variasi Redmi Note 10, beberapa siri MIX dan antara yang terbaru Civi – kini mereka sudah bersedia dengan Redmi Note 11 pula.

Peranti ini dilihat akan menggunakan rekaan sisi yang rata seakan Oppo Reno6, iPhone 13 dan beberapa model Samsung Galaxy A. Ia dilihat mungkin memfokuskan kepada multimedia dan gaya hidup dengan rekaan premium, mempunyai bicu audio, kekisi pembesar suara di atas yang memberi petanda ia akan hadir dengan sistem stereo serta kekal dengan sensor infra merah.

Untuk audio, mereka dilihat bekerjasama dengan JBL. Namun jika hadir ke Malaysia atau secara global tidak akan terkejut jika ia diubah kepada Harmon/Kardon atau Dolby Atmos. Poster turut mendedahkan rekaan modul kamera yang kelihatan lebih kurang sama tetapi disusun dengan lebih kemas. Ia dilihat menggunakan konfigurasi kuad-kamera dengan satu LED flash.

Sumber menyatakan peranti akan hadir dengan model Note 11 5G, Note 11 Pro 5G, dan juga Note 11 Pro+ 5G. Memori dikatakan adalah sehingga 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB. Skrin dikatakan adalah LCD 120Hz untuk model murah, OLED 120Hz untuk yang lebih mahal, bateri sehingga 5000mAh dengan penegcasan pantas 33W atau 67W, kamera 50MP atau 108MP dan dijana dengan cip Dimensity 810 dan Dimensity 920.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami