Cari @ Amanz

Beberapa pengguna kini melaporkan telah pun menerima SMS berbentuk OTP daripada MySejahtera pada awal pagi ini, sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku disebaliknya.

Menjawab mengenainya, pasukan MySejahtera mengatakan yang mana mereka mendapati terdapat pihak yang menyalahguna ciri pendaftaran yang khusus untuk premis perniagaan, sekaligus membuatkan sistem menghantar OTP ke nombor telefon pengguna.

Disebabkan oleh itu, pihak MySejahtera mengatakan mereka telah menyekat titik akhir API, serta melakukan langkah tambahan untuk sekuriti. Pihak MySejahtera turut mengesahkan yang mana tiada data peribadi yang boleh diakses melalui kerentanan berkenaan.

Kerentanan pada sistem MySejahtera ini turut telah dibincangkan sebelum ini pada salah satu forum popular di Malaysia.

Selain daripada penghantaran OTP, pada pagi ini juga, terdapat beberapa pengguna yang turut melaporkan menerima emel berbentuk “troll” daripada pihak MySejahtera. Namun, tiada sebarang komen berkaitan dengannya daripada pihak MySejahtera buat masa ini.

Untuk makluman, sebelum ini kerajaan turut telah mengesahkan yang mana bayaran untuk pembangun MySejahtera telah dilaksanakan bermula 1 April 2021 lepas, setelah tempoh CSR selama 1 tahun tamat pada bulan Mac 2021 lepas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd