Facebook mengemabilalih Giphy tahun lalu dan pada tahun ini Tetapi Lembaga Persaingan dan Pasaran (CMA) United Kingdom mendapati pembelian ini akan mewujudkan amalan anti persaingan. Sebuah siasatan telah dimulakan dengan Facebook diminta memberikan kerjasama. Tetapi hari ini CMA mendenda Facebook £50.5 juta (~RM289 juta) kerana gagal memberikan kerjasama.
Facebook gagal memberikan kemas kini mengenai pematuhan arahan untuk tidak mengintegrasikan operasi Giphy sepanjang tempoh siasatan. Selepas maklumat yang diminta tidak diberikan walaupun beberapa amaran diberikan, CMA mengenakan denda sebagai amaran kepada syarikat lain supaya menghormati undang-undang.
Facebook tidak bersetuju dengan keputusan CMA dan berkata mereka telah memberikan kerjasama sebaik mungkin. CMA berkata sistem Giphy digunakan oleh platform media sosial lain seperti Snapchat, Twitter dan TikTok. Dengan ia kini milik Facebook, Giphy boleh dihalang dari digunakan pada platform lain sekaligus mengurangkan pilihan GIF oleh pengguna. Facebook turut boleh meminta platform lain memberi akses data pengguna GIF yang akan memberikan kelebihan kepada Facebook yang sudahpun mendominasi pasaran pada waktu ini.
Sumber Reuters