Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds Edisi Maison Kitsuné Turut Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain melancarkan Samsung Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition dan Galaxy Watch4 Bespoke Edition, Samsung turut melancarkan Samsung Galaxy Watch4 Maison Kitsuné Edition dan Samsung Galaxy Buds Maison Kitsuné Edition. Untuk versi ini, Samsung bekerjasama dengan jama fesyen Maison Kitsuné dari Paris.

Jam tangan pintar dan TWS yang dilancarkan mempunyai rekaan luaran yang lebih comel lengkap dengan maskot musang Maison Kitsuné. Selain itu pengguna boleh melakukan kustomasi tema Maison Kitsuné apabila dipadankan kepada telefon pintar Galaxy Z Flip3.

Memandangkan kedua-dua peranti ini adalah edisi terhad, ia juga hanya akan ditawarkan di pasaran tertentu sahaja dan kami masih belum mengetahui sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami