Samsung Galaxy Watch4 Dikemaskini Dengan Muka Jam Dan Ciri Mengesan Jatuh Baharu

Diterbitkan pada Okt 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung memberikan kemas kini untuk Galaxy Watch4 hari ini yang menambah pelbagai ciri baharu yang berguna kepada pemakai. Antara yang diberikan ialah ciri mengesan jatuh dikemaskini untuk mengesan pemakai jatuh walaupun jika mereka tidak bergerak. Ini menambah baik ciri yang diberikan sebelum ini yang hanya mengesan jatuh jika pemakai sedang bergerak.

Seterusnya beberapa muka jam baharu turut diberikan menerusi kemas kini ini. Antaranya ialah kemampuan menambahkan paparan maklumat tambahan pada muka jam sedia ada dan juga animasi baru untuk mencabar rakan lain yang turut menggunakan Galaxy Watch4. Sokongan menggunakan gambar beranimasi dari galeri sebagai muka jam juga boleh dilakukan.

Akhir sekali ciri ketercapaian baharu yang membolehkan jam tangan pintar dikawal menggunakan gestur seakan mengetuk sebanyak dua kali. Ini boleh dipadankan untuk membuka aplikasi kegemaran misalnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami