Cari @ Amanz

Bitcoin hari ini mencatatkan peningkatan positif pada nilainya, sekaligus mencapai nilai tertinggi sepanjang masa, dengan melangkaui angka RM269k.

Sebelum ini, Bitcoin mencatatkan nilai tertinggi melangkaui RM250k pada bulan April lepas. Namun, selepas itu ia mencatatkan penurunan nilai sehingga RM150k disebabkan pelaksanaan peraturan baharu di China.

Namun, kini ia memperlihatkan peningkatan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat yag bakal membenarkan ETF buat pertama kalinya melibatkan Bitcoin.

Perkembangan nilai Bitcoin ini juga dilihat memberikan kesan positif kepada perkembangan sihat kepada nilai-nilai kriptowang lain, termasuk Ethereum dan juga Solana.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd