Carian
DJI Ronin 4D Ialah Kamera Dengan Gimbal Terbina Dan Rakaman 8K Untuk Penggambaran Filem
October 20, 2021 Effi Saharudin

Hari ini DJI telah melancarkan kamera terkini mereka iaitu Ronin 4D. Ia ialah sistem kamera lengkap yang menyasarkan penggunaan oleh golongan profesional untuk penggambaran filem. Ronin 4 terdiri daripada kamera Zenmuse X9 dengan sensor bingkai penuh yang boleh menggunakan lensa cagak DL DJI atau Leica M. Dua versi kamera akan dijual satu dengan kemampuan rakaman pada resolusi 8K dan satu lagi pada resolusi 6K.

Dengan gimbal empat paksi terbina, rakaman yang lebih stabil dapat dilakukan walaupun ketika melakukan aksi lasak. Menurut DJi, Ronin 4 menawarkan sistem penstabilan yang terbaik dalam saiz lebih kecil dan lebih ringan berbanding sistem gimbal lain di pasaran. Bagi memastikan pemfokusan yang pantas dan tepat, Ronin 4D dilengkapi sistem LiDAR dengan jarak pemfokusan tepat sehingga 10 meter.

DJI Ronin 4D akan dijual pada harga $7199 (~RM30,000) untuk versi kamera 6K dan $11499 (~RM47,968) untuk versi kamera 8K.

Komen