PayPal Dilaporkan Berminat Mengambil-Alih Pinterest

Diterbitkan pada Okt 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PayPal, salah satu firma yang sedia terkenal dengan kewangan, kini dilaporkan berminat untuk mengambil-alih syarikat media sosial popular, Pinterest.

Pinterest sedia digunakan ramai dalam menyimpan sesuatu pautan, gambar dan sebagainya untuk rujukan. Ia sedia mempunyai pengguna aktif dan peminatnya tersendiri dari seluruh dunia.

Menurut laporan awal, perbincangan awal dikatakan Pinterest menyentuh nilai sekitar $39 bilion, yang boleh dikatakan agak tinggi berbanding pelbagai syarikat lain.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perbincangan pengambil-alihan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami