Cari @ Amanz

Huawei kini berkongsi perancangan untuk membawa masuk peranti baharu lagi ke pasaran tempatan. Peranti berkenaan adalah Huawei Nova 9 yang telah dilancarkan terlebih dahulu di China, tempoh hari. Dalam pada itu, Huawei turut sama mendedahkan tarikh pelancarannya secara global yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2021.

Huawei Nova 9

Acara yang dinamakan sebagai Huawei Apac Autumn Launch tersebut akan diadakan secara dalam talian bermula jam 7 petang. Cumanya, masih tidak diketahui model manakah yang bakal dilancarkan kelak – ia berikutan terdapat dua model berbeza yang diperkenalkan di China, sebelum ini. Pada masa sama, pelancaran untuk pasaran Malaysia juga belum dikongsi. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk ketahui penawaran lebih lanjut kelak.

Sumber : Huawei Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd