DHL Express Malaysia minggu ini menandatangani perjanjian dengan Pen Aviation untuk mengkomersialkan sistem dron menghantar bungkusan di kawasan pelabuhan kapal. Dron akan mempunyai kemampuan membawa kargo bersaiz sederhana dan berat dengan kemampuan terbang jarak jauh.
Menjelang penghujung 2021, DHL, Pen Aviation, dan Raya Airways akan melakukan ujian konsep penghantaran bekalan logistik kepada kapal menggunakan dron PEN55V. Dron dengan kemampuan membawa kargo sehingga 12kg ini kemudiannya akan dipadankan pula dengan dron PEN1360V yang mampu membawa muatan kargo yang lebih berat.