Donald Trump Bakal Melancarkan Aplikasi Media Sosial Tersendiri – TRUTH Social

Diterbitkan pada Okt 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Donald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat kini mengumumkan akan melancarkan sebuah rangkaian sosial tersendiri, dinamakan Truth Social tidak lama lagi.

Rangkaian sosial berkenaan akan mula beroperasi dalam bentuk beta seawal November ini, dan ditawarkan secara meluas pada suku pertama 2022 kelak.

Donald Trump sebelum ini telah diharamkan daripada laman sosial seperti Twitter dan Facebook – sekaligus membuatkan bekas presiden Amerika Syarikat berkenaan hadir dengan penawaran tersendiri.

Dengan pengenalan ini, ia dijangka akan menghimpunkan peminat Trump, sekaligus memudahkan mereka menerima kemaskini daripada bekas presiden berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami