Cari @ Amanz

Secara purata seorang pengguna mempunyai satu peranti yang perlu dicas setiap hari. Maka di rumah mungkin sehingga lima pengecas diperlukan bagi mereka yang berkeluarga. Akibatnya terdapat lebih banyak peranti dalam pengecas di rumah. Oleh itu pengecas GaN yang boleh mengecas lebih banyak peranti serentak adalah amat berbaloi untuk dimiliki.

Hyper, antara pelopor teknologi pengecasan GaN telah mengumumkan dua produk terkini mereka iaitu pengecas GaN dengan output kuasa 245W dan powerbank yang turut dengan output kuasa sehingga 245W. Pengecas GaN dilengkapi empat port pengecasan USB-C masing-masing dengan output maksimum 100W. Format pengecasan yang disokong ialah PD2.0/3.0, QC2.0/3.0/4.0+, PPS, Apple 2.4A, BC1.2, AFC, SCP, dan FCP.

Sementara itu powerbank 245W pula mempunyai bateri berkapasiti 27,000 mAh dengan empat port USB-C. Dua port boleh mengecas dengan output sehingga 100W manakala dua lagi sehingga 65W. Ini membolehkan ia digunakan untuk membekalkan kuasa kepada Bateri yang besar ini boleh dicas semula dalam masa sejam menggunakan pencecas GaN 245W.

Hyper kini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo dengan HyperJuice 245W GaN Charger ditawarkan pada harga bermula $99 (~RM411) manakala HyperJuice 245W USB-C Battery Pack pula ditawarkan pada harga bermula $149 (~RM620).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd