Menunggang Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya Boleh Didenda Atau Penjara

Diterbitkan pada Okt 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kini mengingatkan yang mana mereka yang masih berdegil selepas nasihat diberikan mengenai larangan menunggang skuter elektrik di atas jalan raya boleh didenda atau dipenjara jika mengulangi perbuataan buat kali kedua.

Melalui laporan Harian Metro, pihak berkuasa meningatkan penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang, dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

Neuron Eskuter

Antara kawasan yang dibenarkan penggunaan skuter elektrik adalah di taman permainan, kawasan pejalan kaki, dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

Pihak polis mengatakan mereka menerima banyak aduan orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik di jalan raya, sekaligus bukan sahaja menganggu, tetapi juga mendatangkan bahaya sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

komen


© Amanz / 2022 Kami