YouTube Music Percuma Tidak Lagi Boleh Strim Video Muzik Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di YouTube Music, pengguna percuma dan berbayar boleh nikmati penstriman audio dan muzik video tanpa sebarang masalah. Tetapi pengguna percuma tidak boleh membuka aplikasi lain atau mengunci peranti. Kelak semua ini akan berubah, kerana YouTube Music percuma akan menjadi seakan platform pentsriman muzik lain yang menawarkan pelan percuma.

Pengguna percuma kelak hanya boleh menstrim audio dan tidak lagi boleh menstrim muzik video, kerana pada laman Laman Utama (Home) atau Teroka (Explore) pilihan Lagu ke Video akan dimatikan. Akan tetapi, pengguna percuma boleh menikmati pendengaran muzik di latar belakang.

Bukan itu sahaja, sokongan main kocok (Shuffle Play) mengikut kandungan diperibadikan, sokongan carian senarai main mengikut mood, untuk senaman, dan lain-lain boleh digunakan bersama-sama dengan mencari dan menstrim jutaan pilihan muzik dan ribuan senarai main secara percuma.

Walau bagaimanapun, untuk melangkau tanpa had dan bebas iklan, langganan serendah RM14.90 harus dibayar bulanan. Buat masa ini ia terhad untuk pengguna di Kanada sahaja. Atas percubaan tadi, selepas tukar ke akaun Amerika Syairkat dengan pelayan VPN Kanada dan tukar kembali ke akaun Malaysia – saya dapat melihat perubahan ini untuk sementara waktu.

YouTube Music ini berfungsi seakan Spotify, bersaing dengan lebih sengit lagi. Bila ia akan ditawarkan begini di Malaysia masih tidak tahu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami