Honor X30i Tertiris – Sokong MediaTek Dimensity 810, Tri-Kamera Di Belakang

Diterbitkan pada Okt 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Boleh dikatakan, rangkaian peranti Honor di bawah siri X cukup terkenal dengan sokongan spesifikasi baik pada harga jualan yang kompetitif. Sehingga kini, terdapat beberapa model yang telah sedia diperkenalkan dan nampaknya ia akan diperluaskan dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Ia berikutan tertirisnya peranti yang dikenali sebagai Honor X30i lengkap dengan spesifikasi dan rekaannya.

Menyentuh soal reka bentuk, ia jelas meminjam sedikit elemen rekaan daripada Honor Play 20 yang diumumkan di China, tempoh hari. Di mana, ianya lengkap dengan modul kamera berbentuk segi empat sama dengan susunan 2X2. Namun begitu, ia dilihat didatangkan dengan tri-kamera utama dan skrin jenis berlubang pada panel hadapan.

Untuk spesifikasi pula, Honor X30i akan menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci LCD beresolusi FHD+ ( 1080 x 2388 piksel) bersama kadar segar semula 90Hz. Ia juga akan dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810, GPU Turbo X, kamera utama 48MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto pula adalah 8MP. Bateri sebesar 4,000mAh turut digunakan dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Maklumat mengenai tarikh pelancarannya masih menjadi misteri setakat ini. Pun begitu, ramai yang menyasarkan ia bakal diumumkan pada acara pelancaran produk baru Honor pada 25 Oktober ini.

Sumber : @RODENT950

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami