Cari @ Amanz

Apabila Microsoft mula melancarkan Windows 11 beberapa minggu yang lalu, pengguna PC AMD yang menaiktarafkan sistem operasi mereka dari Windows 10 ke versi terbaru tersebut telah mengatakan bahawa komputer mereka memperlihatkan penurunan prestasi yang agak ketara.

Pihak Microsoft dan AMD sedar mengenai perkara tersebut tidak lama selepas itu, dan mengatakan bahawa isunya ialah lengah masa cache L3 yang sangat perlahan. Menurut beberapa laporan, penggunaan Windows 11 pada waktu tersebut pada sebuah komputer AMD boleh menyebabkan penurunan prestasi sebanyak 15 peratus, yang menyebabkan orang ramai yang menggunakan gabungan PC AMD dan Windows 11 sukar untuk menggunakan komputer mereka.

Terkini, Microsoft baru mengeluarkan kemaskini untuk sistem operasi terbaru mereka, dan AMD turut hadir dengan kemaskini untuk CPU mereka juga, dimana pengguna akan perlu memuat-turun kedua-dua kemaskini in untuk sedikit sebanyak mengembalikan prestasi komputer mereka sebelum ini.

Bagi mereka yang menggunakan PC yang dikuasakan CPU AMD dan juga sistem operasi Windows 11 yang belum memuat-turun kemaskini baru ini, anda boleh memuat-turun fail-fail tersebut melalui pautan ini:

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd