Cari @ Amanz

Tahun lalu pengasas Razer Tan Min-Liang merungut kerusi untuk gaming yang digunakan beliau tidak selesa sehingga mengakibatkan sakit pinggang. Kemudian Razer Iskur telah dilancarkan sebagai kerusi gaming pertama keluaran syarikat beliau. Hari ini Razer Enki pula diumumkan dengan peningkatan pada tahap keselesaan.

Razer Enzki masih kelihatan seperti kesemua kerusi gaming di pasaran dengan rekaan tempat duduk bucket seat. Bahagian belakang boleh dilaras untuk keselesaan dengan terdapat sokongan tulang lumbar. Bahagian tempat duduk lebih lebar berbanding Iskur digunakan untuk penyebaran berat lebih baik dan ini menurut Razer akan memastikan keselesaan gaming sepanjang hari.

Pada bahagian leher terdapat dua lubang yang membolehkan kusyen leher dan kepala diletakkan jika diperlukan. Kusyen diperbuat daripada busa memori bagi menjamin keselesaan ketika bersandar.

Kerana direka untuk gamer, tempat meletakkan tangan juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Bahagian belakang pula boleh disandarkan sehingga 152 darjah membolehkan pengguna berbaring.

Tifa versi ditawarkan iaitu Razer Enki, Razer Enki X dan Razer Enki Pro dengan harga bermula dari $299 (RM 1243) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd