Razer, jenama pembuat aksesori komputer dan gaming terkemuka hari ini telah mengumumkan sebuah kerjasama dengan jenama jam tangan kelas bangsawan, Panerai untuk membangunkan sebuah jam tangan yang diperbuat daripada sumber lestari (sustainable materials).
Rekaan jam tangan tersebut dilaporkan akan diperkenalkan oleh kedua-dua syarikat tersebut sekitar awal tahun hadapan, dimana mereka juga akan memperkenalkan beberapa kerjasama dengan badan-badan persekitaran yang mana wang untuk setiap jualan jam tangan tersebut akan disalurkan kepada mereka. Razer dan Panerai juga menyatakan bahawa inisiatif yang disokong mereka adalah untuk memastikan lautan-lautan kita akan cuba dibersihkan dengan sebaik mungkin.
Ini bukanlah kali pertama Razer telah membuat kolaborasi untuk program CSR tentang pembersihan lautan. Sebelum ini, mereka juga berkolaborasi dengan ClearBot yang mana kapal pembersih sampah laut ClearBot hadir dengan jenama Razer untuk menunjukkan bahawa walaupun Razer adalah sebuah syarikat gaming, mereka masih lagi mengambil kisah mengenai alam sekitar di Bumi juga.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, rekaan jam tangan diantara kedua-dua syarikat ini akan diperlihatkan pada awal tahun depan, dan ia dijangka bahawa Razer dan Panerai akan membuat sebuah pengumuman juga mengenai inisiatif yang akan disokong mereka pada bulan Mac ini.