Carian
Apple Umum “Tech Talks” Untuk Pembangun Bermula 25 Oktober 2021
October 22, 2021 Aman

Apple kini telah mengumumkan perkongsian khas memfokuskan para pembangun, bermula 25 Oktober sehingga 17 Disember kelak, dinamakan sebagai Tech Talks.

Melalui acara ini, ia akan memudahkan para pembangu untuk berhubung terus dengan yang pakar di Apple, sekaligus membantu dalam pembangunan aplikasi terbaik kepada pengguna.

Sebelum ini, beberapa tahun lepas, acara sama pernah dianjurkan dibeberapa bandar – tetapi disebabkan oleh pandemik, acara Tech Talks kali ini dianjurkan secara atas-talian, sekaligus membolehkan ramai menyertainya, termasuk dari Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Tech Talks hari ini, dan mendaftar untuk menyertai pelbagai perkongsian yang akan diadakan sehingga 17 Disember 2021.

Komen