Cari @ Amanz

Jun lalu Softbank menghentikan pengeluaran robot Pepper kerana ia gagal mendapat sambutan. Ia juga merupakan langkah Softbank untuk menstruktur semula bahagian robotik mereka selepas turut melepaskan majoriti pegangan dalam Boston Dynamics kepada Hyundai. Hari ini Reuters melaporkan mereka dalam perbincangan untuk menjual syarikat yang menghasilkan Pepper kepada United Robotics Group.

United Robotics Group ialah syarikat dari Jerman yang sebelum ini menjadi pengedar kepada robot Pepper dan Nao di Eropah. Tidak diketahui sama ada Softank akan masih mempunyai pegangan dalam syarikat selepas jualan dilakukan. Semasa menjual Boston Dynamics, mereka mengekalkan 20% pegangan dalam syarikat.

Selepas dihubungi Softbank menegaskan mereka masih komited dalam perniagaan Pepper sementara United Robotics Group enggan memberikan sebarang komen. Dunia robotik menjanjikan masa depan dimana kerja-kerja berbahaya tidak lagi akan dilakukan oleh manusia. Tetapi kesemua usaha menggantikan manusia dengan masih belum berjaya. Teknologi masih belum matang dengan usaha Boston Dynamics memperkenalkan robot untuk kegunaan gudang menerusi Stretch dan Handle masih belum digunakan secara meluas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd