Pada awal tahun ini, Google Meet telah dikemaskini dengan ciri dimana pihak moderator sesebuah sesi telesidang boleh memilih untuk membisukan kesemua mikrofon pengguna secara sekaligus. Terkini, kemaskini terbaru kepada perisian telesidang tersebut membolehkan moderator untuk membisukan mikrofon peserta individu dengan mudah.
Kemaskini ini agak menarik dimana moderator bukan sahaja boleh membisukan mikrofon pengguna, tetapi juga menyahaktifkan video kamera peserta secara manual. Ini cukup berguna khususnya untuk sesi-sesi dimana ada peserta yang tidak begitu biasa dengan tetapan Google Meet, dan juga untuk mereka yang tidak sedar bahawa mikrofon ataupun video mereka perlu dimatikan.
Dalam pada itu, kemaskini ini juga dilihat sebagai satu kemaskini wajib, kerana peserta yang menggunakan aplikasi Google Meet Android atau iOS yang tidak dikemaskini, mereka tidak akan dibenarkan untuk memasuki sesi telesidang yang memerlukan fungsi tersebut diaktifkan, dan akan diminta untuk mengemaskini perisian tersebut ke versi yang terkini.
Google telah mula mengeluarkan kemaskini untuk fungsi-fungsi ini bermula hari ini, dan untuk beberapa pengguna mereka akan mula mendapatkan kemaskini ini bremula 1 November kelak.