Huawei P50 Hanya Akan Ditawarkan Untuk Pasaran Global Pada 2022

Diterbitkan pada Okt 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sebelum ini telah pun memperkenallkan Huawei P50 dan juga Huawei P50 Pro untuk pasaran China pada bulan Julai 2021 lepas. Namun, sehingga kini ia masih belum dilancarkan untuk pasaran global.

Bercakap mengenainya, kini pihak Huawei mengesahkan yang mana Huawei P50 akan hadir ke pasaran global, namun mungkin hanya pada tahun 2022 kelak.

Untuk makluman, Huawei terkesan dengan halangan dagangan – membuatkan mereka sukar mendapatkan cip untuk peranti, menggunakan teknologi 5G, selain turut menggunakan integrasi aplikasi Google.

Perkara ini memberikan impak besar terhadap jualan peranti Huawei di dunia. Huawei berjaya mengurangkan di China, kerana tiada penggunaan platform Google – sekaligus membolehkan mereka memfokuskan sepenuhnya terhadap pembangunan kedai aplikasi mereka, dan juga HarmonyOS.

Dengan perancangan pengenalan global pada 2022 kelak, mungkin juga kita akan melihat penawaran HarmonyOS secara global pada tempoh lebih kurang sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan perkembangan penawaran Huawei P50 untuk pasaran global.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami