Apple kini dilaporkan gagal untuk menghalang pihak Huawei daripada mendaftarkan tanda dagang MatePod di China.
Apple sebelum ini telah menyatakan bantahan terhadap pendaftaran tanda dagang “MatePod” oleh Huawei untuk produk audio, kerana ia melanggar penggunaan Apple – yang sedia terdiri daripada iPod, EarPods dan juga AirPods.
Apple turut mengatakan Huawei meniru tanda dagang Apple, dan ia boleh memberikan impak negatif terhadap pengguna.

Apa pun, Apple gagal di China, dan Huawei telah diberikan kebenaran menggunakan tanda dagang MatePod. Pihak berkuasa di China mengatakan walaupun terdapat persamaan dari segi penggunaan dan kumpulan sasaran, amun ejaan dan cara sebutan, serta paparannya adalah berbeza antara kedua-duanya.
Apple masih berpeluang melakukan rayuan berkaitan perkara ini untuk semakan lanjutan.
Buat masa ini, Huawei memasarkan fon telinga nirwayar mereka dibawah jenama FreeBuds.