Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition Akan Dilancarkan 11 November

Diterbitkan pada Okt 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition ialah permainan video yang dinantikan ramai kerana menggabungkan GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas. Hari ini sempena ulang tahun ke-20 GTA III dilancarkan di PlayStation 2, RockStar mengumumkan Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan mula dijual 11 November

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition versi digital ditawarkan pada konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Switch dan PC pada tarikh di atas. Untuk versi fizikal ia akan dijual bermula 6 Disember pada PlayStation 4, PlayStation 5, Switch, Xbox Series X, Xbox Series S, Xbox One dan PC. Pada Rockstar Launcher permainan ini boleh dipratempah pada harga RM249.

Kepada pengguna PC, spesifikasi minima untuk menjalankan permainan ialah Windows 10 64-bit, Intel Core i5-2700K / AMD FX-6300, 8GB RAM, GPU Nvidia GeForce GTX 760 2GB / AMD Radeon R9 280 3GB dan storan 45GB.

Spesifikasi yang disarankan pula ialah Windows 10 64 bit, Intel Core i7-6600K / AMD Ryzen 5 2600, 16GB RAM, GPU Nvidia GeForce GTX 970 4GB / AMD Radeon RX 570 4GB dan storan 45GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami