Telefon boleh-lipat sedia menjadi fokus pelbagai pengeluar akhir-akhir ini, termasuk Android sendiri lebih dioptimasikan untuk telefon dengan skrin boleh-lipat.
Oppo sebelum ini sedia memperlihatkan beberapa konsep menarik menggunakan skrin boleh-gulung. Dan kini hadir laporan mengatakan Oppo akan memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka yang pertama pada bulan hadapan.
Telefon boleh-lipat Oppo ini dikatakan akan menawarkan skrin 8-inci apabila dibuka, selain sokongan skrin 120Hz. Desas-desus awal turut mengatakan ia dijana cip Snapdragon 888.
Seperti penawaran Samsung, telefon boleh-lipat Oppo ini juga dijangka berharga tinggi.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan telefon pintar boleh-lipat pertama Oppo ini.