(Ura-Ura) Rekaan iPhone SE 2022 Akan Berdasarkan Kepada iPhone XR

Diterbitkan pada Okt 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelbagai penganalisa sedia mengatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan kemaskini kepada iPhone SE pada tahun 2022, dan ia akan menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya.

Terkini, hadir sebuah desas-desus baharu, mengatakan iPhone SE 2022 ini kelak akan berasaskan kepada rekaan iPhone XR, dan bukannya  iPhone 8 seperti sebelum ini.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat penggunaan takuk dan juga mungkin menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi.

Apple iPhone XR

Apa pun, desas-desas baharu ini berbeza dengan apa yang diperkatakan sebelum ini, mengatakan rekaan iPhone SE 2022 tidak berubah.

Mungkin dengan penyertaan takuk pada MacBook, Apple turut memilih menyertakan takuk pada produk lain – sekaligus menyelarikan penawaran produk mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tahun hadapan untuk melihat apa yang bakal disertakan bersama iPhone SE kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami