Carian
Harmony OS Kini Digunakan Pada Lebih 150 Juta Peranti
October 23, 2021 Aman

Huawei kini telah mengadakan acara Huawei Developer Conference, sekaligus berkongsi lanjut berkenaan dengan sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri, iaitu Harmony OS.

Harmony OS telah mula ditawarkan bersama beberapa produk baharu Huawei – seperti tablet dan televisyen untuk pasaran global. Selain itu, Huawei turut telah mula menawarkan telefon pintar dengan Harmony OS di China, selain turut menawarkan kemaskini perisian ke Harmony OS untuk pengguna di China.

Berkongsi lanjut mengenainya, Huawei mengatakan kini terdapat lebih 150 juta peranti yang menggunakan Harmony OS.

Peningkatan angka ini agak pantas, dan ramai yang berpusat di China. Dengan sasaran Huawei membawa Huawei P50 ke pasaran global pada tahun 2022, sama-sama kita nantikan pengenalan Harmony OS untuk pengguna global tidak lama lagi.

Komen