Cari @ Amanz

Huawei melalui acara Huawei Developer Conference, telah berkongsi lanjut berkaitan dengan Harmony OS, dan pada masa yang sama menyentuh secara ringkas berkenaan dengan kedai aplikasi mereka tersendiri.

Dinamakan Huawei AppGallery, ia telah menjadi fokus pihak Huawei sejak diharamkan menggunakan Google Play Store. Sebagai alternatif, Huawei telah aktif menarik pembangun terbitkan aplikasi pada kedai aplikasi mereka, AppGallery.

Berkongsi mengenainya, Huawei kini mengatakan AppGallery mempunnyai 730 juta pengguna di seluruh dunia. Pada masa yang sama, terdapat lebih 173,000 aplikasi yang telah mengintegrasikan HMS Core pada aplikasi masing-masing.

Dengan perkembangan sihat ini, tidak mustahil kita melihat angka pengguna AppGallery mencapai 1 bilion tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd