Bagaimana Terbitkan Gambar Dan Video Ke Instagram Terus Melalui Komputer?

Diterbitkan pada Okt 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sedia eksklusif untuk peranti mudah-alih bagi tempoh yang lama, dan akhirnya pada minggu ini Instagram telah membolehkan pengguna melakukan terbitan terus melalui desktop.

Dengan perubahan baharu ini, anda boleh membuka Instagram.com pada pelayar web anda, dan seterusnya akan melihat sebuah butang khas untuk melakukan perkongsian.

Klik pada ikon berkenaan, dan pilih gambar atau video pendek yang anda ingin muat-naik.

Seterusnya Instagram akan membolehkan anda menambah sebarang kesan penuras atau membuat suntingan sedikit pada gambar.

Akhir sekali, anda boleh menambah kapsyen, dan memilih untuk melakukan penerbitan gambar atau video pendek berkenaan di Instagram.

Bagi anda yang sering melakukan penyuntingan gambar atau video di komputer, pengenalan ciri ini semestinya memudahkan lagi anda melakukan perkongsian tanpa perlu melakukan pemindahan gambar berkali-kali ke peranti mudah-alih.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami