Peminat AMD? JPJ Akan Membuka Bidaan Nombor Plat “AMD” Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan membuka pendaftaran bidaan nombor plat AMD bermula 25 Oktober 2021 sehingga 29 Oktober 2021 kelak.

Untuk makluman, plat dengan huruf “A” adalah keluaran JPJ Negeri Perak. Walaupun ia tidak membawa sebarang makna, namun untuk peminat teknologi, mereka mungkin sedia mengenali jenama pengeluar cip popular, iaitu AMD.

Bagi anda yang meminati AMD, dan ingin mendapatkan nombor plat bersempena dengannya, boleh melakukan bidaan melalui laman JPJ bermula 25 Oktober ini, dan mengetahui keputusan untuknya pada 30 Oktober 2021 kelak sama ada anda berjaya mendapatkan nombor plat yang dibida atau sebaliknnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami