Cari @ Amanz

Di Rusia, 61 telefon pintar Samsung yang menyokong Samsung Pay kini telah diharamkan jualannya selepas syarikat Sqwin Sa memenangi kes saman pelanggaran paten. Sqwin Sa mempatenkan sistem pembayaran menggunakan peranti pada tahun 2013, dua tahun sebelum Samsung Pay dilancarkan.

Samsung Pay

Antara peranti yang kini diharamkan jualannya di Rusia ialah Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3. Samsung akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah ini dan pada waktu ini dibenarkan menjual peranti sehingga keputusan rayuan ditetapkan.

Samsung Pay ialah sistem pembayaran menggunakan telefon pintar ketiga paling popular di Rusia. Dengan kejayaan menyaman Samsung, Sqwin Sa kini dipercayai akan menyaman pula Apple dan Google kerana sistem Apple Pay dan Google Pay juga melanggar paten yang sama.

Sumber Sammobile

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd