Cari @ Amanz

Pelitup muka Project Hazel diumumkan oleh Razer pada Mac lalu sebagai sistem penapisan udara peribadi pintar. Ia kemudian ditawarkan dalam jumlah yang kecil dalam program Beta dan di RezerCon 2021 ia akhirnya ditawarkan kepada pengguna di beberapa pasaran terpilih.

Topeng ini hadir dengan penuras N95 di bahagian kiri dan kanan pipi yang turut mempunyai jalur LED RGB yang boleh digunakan untuk menerangkan bahagian dalam topeng ini, dimana rangkanya diperbuat daripada plastik separa lutsinar untuk memudahkan pergerakan bibir dibaca ketika berinteraksi.

Lebih menarik lagi, bahagian penuras tersebut digunakan juga sebagai pembesar suara kecil yang membolehkan orang mendengar suara anda dengan lebih jelas, dimana ia juga mempunyai mikrofon terbina untuk menangkap suara pengguna.

Topeng Razer Zephyr dijual pada harga $99.99 (~RM415) manakala Razer Zephyr Starter Pack dengan beberapa keping penurasN95 gantian ditawarkan pula pada harga $149.99 (~RM622).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd