Rundingan Gabungan Celcom Digi Lancar – Dijangka Selesai Menjelang Pertengahan Pertama 2022

Diterbitkan pada Okt 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom dan Digi telah pun memuktamadkan gabungan kedua-dua syarikat beroperasi dibawah satu entiti pada bulan Jun lepas. Lanjutan daripadanya, kini penganalisa MIDF Research menyasarkan ia akan selesai pada pertengahan pertama 2022, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Rundingan kedua-dua pihak dikatakan masih berjalan lancar, dan dijangka selesai mengikut jadual awal yang telah ditetapkan.

Menurut penganalisa juga, gabungan kedua-dua entiti ini dijangka akan menjimatkan modal dan operasi sehingga RM500 juta.

Gabungan Celcom Digi ini akan memperlihatkan entiti baharu berkenaan mempunyai 19.1 juta pelanggan di Malaysia, sekaligus menjadi peneraju industri telekomunikasi tempatan dari segi nilai, pendapatan dan juga keuntungan.

Pada masa yang sama, MIDF Research turut mengatakan terdapat beberapa risiko, termasuk pendapatan yang lebih rendah, persaingan yang sengit dalam arena mudah-alih, dan juga pembatalan penyatuan kedua-dua entiti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami