Samsung kini dilihat dalam persediaan untuk memperkenalkan Galaxy Tab S8 Ultra – iaitu tablet berspesifikasi tinggi tidak lama lagi.
Rekaan awal yang tertiris ke arena web kini melalui 91Mobiles, memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan oleh tablet terbaru Samsung ini.
Dari segi rekaan, skrin hadapan Galaxy Tab S8 Ultra ini emmperlihatkan rekaan bertakuk kecil dihadapan. Samsung dilihat menggunakan rekaan nirbingkai, sekaligus menggunakan takuk dalam memposisikan kamera hadapan.
Disamping itu, tablet dengan skrin 14.6-inci ini turut memperlihatkan rekaan dwi-kamera pada bahagian belakang.
Spesifikasi penuh tablet ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan tablet ini dalam beberapa bulan lagi.