Clubhouse kini mengumumkan sebuah ciri baharu, dinamakan “Pinned Links”. Melaluinya, seseorang moderator boleh berkongsi pautan yang dipaparkan pada bahagian atas sesebuah biliik audio yang sedang berlangsung.

Dengan langkah perkongsian pautan ini, ia akan memudahkan lagi pengguna memberikan konteks lanjutan berkaitan sesuatu perkara yang sedang dibincangkan, atau pada masa yang sama mempertontonkan karya, atau membawa kepada pautan sumbangan orang ramai.
Pautan yang dikongsikan juga boleh diubah pada bila-bila masa ketika bilik sedang berlangsung.
Ciri ini akan diaktifkan bermula 27 Oktober 2021 ini untuk pengguna iOS dan juga Android.