Digi kini mengumumkan bakal melaksanakan penyelenggaraan pada 25 Oktober sehingga 26 Oktober. Sepanjang tempoh berkenaan, beberapa perkhidmatan tidak boleh digunakan.
Menurut Digi, antara 9 malam 25 Oktober 2021, sehingga 9.30 pagi 26 Oktober 2021, pengguna Digi tidak boleh menggunakan perkhidmatan VoLTE dan juga VoWiFi.
Disamping itu, antara 11.30 malam 25 Oktober 2021, sehingga 9.30 pagi 26 Oktober 2021, pengguna juga akan dihadkan kelajuan internet 3G dan 4G kepada 5Mbps.

Beberapa perkhidmatan seperti langganan, pembayaran bil, saluran MyDigi, dan sebagainya turut akan terjejas sepanjang tempoh berkenaan.
Digi dijangka melakukan pemindahan sistem ketika tempoh berkenaan, dimana selepas pemindahan, beberapa perkara mungkin berubah – termasuk bagaimana paparan penggunaan data oleh para pelanggan.