Carian
MacBook Air Dengan Rekaan Baharu Dan Cip M2 Dijangka Diperkenalkan Tahun Hadapan
October 25, 2021 Aman

Apple telah pun memperkenalkan MacBook Pro baharu yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk, selain penyertaan sejumlah port bersama-sama denganya. Selari dengannya, kini ramai yang menatikan kemaskini untuk keluarga MacBook Air pula.

Mengikut laporan awal melalui Bloomberg, MacBook Air dijangka akan menerima kemaskini rekaan baharu sejak diperkenalkan pada 2010 yang lepas.

Pada masa yang sama, Apple turut dijangka menyertakan cip Apple M2 bersama-sama komputer riba MacBook Air berkenaan.

Desas-desus awal juga turut mengatakan Apple mungkin menawarkan ia dalam pelbagai pilihan warna – seumpama iMac sebelum ini.

Pada masa yang sama, Apple turut dijangka memperkenalkan iMac baharu, Mac Mini, iPhone SE dan juga iPad Pro baharu pada tahun 2022 kelak.

Komen