Cari @ Amanz

Hanya AirPods generasi ketiga diumumkan minggu lalu dengan rekaan pod pengecas yang sama dengan AirPods 2 dan juga bahagian putih telinga yang diberikan nafas baru. Tetapi sebelum ada kedengaran ura-ura AirPdos Pro 2 akan turut dilancarkan sekali. Sungguhpun tidak berlaku, laman MacRumors telah menerbitkan imej yang didakwa ialah AirPods 2.

Rekaan putik telinga masih lagi sama iaitu dari jenis dalam telinga dengan tangkap yang pendek. Perbezaan paling ketara terletak pada bahagian pod pengecas yang kini mempunyai lubang untuk speaker dan menyambungkan tali. Speaker diletakkan bagi membolehkan AirPods 2 memberikan deringan apabila cuba dicari menerusi ciri Find My. Lubang untuk tali pula membolehkan ia digantung pada leher untuk mengelakkan ia hilang.

Kesemua ini masih lagi spekulasi dengan MacRumors mengatakan mereka menerima foto dari sumber dalaman Apple.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd