CPU Intel Core i9-12900HK Memperlihatkan Skor Penanda-aras GeekBench Tertinggi Setakat Ini

Diterbitkan pada Okt 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel dijangka akan memperkenalkan siri CPU desktop generasi ke-12 Alder Lake mereka sekitar minggu ini, tetapi nampaknya butiran mengenai prestasi siri CPU komputer riba mereka baru sahaja tertiris ke arena internet.

Model CPU yang diperkatakan ialah Intel Core i9-12900HK, berkemungkinan salah satu daripada CPU paling berkuasa keluaran Intel kelak. Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa skor penanda-aras GeekBench untuk CPU tersebut telah tertiris, dan memperlihatkan skor yang cukup tinggi sekali.

Untuk skor satu teras, model CPU tersebut memperlihatkan jumlah skor 1851, manakala untuk penanda-aras multi-teras, ia hadir dengan skor 13256 yang mana kedua-dua skor tersebut adalah yang tertinggi apabila dibandingkan dengan semua skor model CPU yang dilancarkan pada tahun ini, termasuklah Apple M1 Max.

Menariknya, butiran yang diperlihatkan pada CPU ini menunjukkan bahawa ia hadir dengan 14 teras dan 20 bebenang kuasa, dengan kelajuan asas 2.9GHz, yang mana ia bukanlah model CPU paling berkuasa oleh Intel dalam siri Alder Lake, khususnya apabila Intel akan memperkenalkan siri Alder Lake-S yang akan menawarkan jumlah teras dan bebenang kuasa yang lebih tinggi.

Intel dijangka akan memperkenalkan siri CPU komputer riba Alder Lake mereka di acara CES 2022 kelak.

Sumber: WCCF Tech

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami