Cari @ Amanz

Redmi Watch 2 bakal menjadi model kemaskini baharu untuk rangkaian peranti boleh-pakai keluaran Redmi. Ia akan dilancarkan pada 28 Oktober depan seiring dengan siri Redmi Note 11. Beberapa spesifikasi utama jam tangan pintar ini juga telah mula dikongsi.

Ini termasuklah reka bentuk yang diperlihatkan dalam beberapa imej tular. Ia juga telah disahkan hadir dengan panel AMOLED berukuran 1.6-inci yang mana lebih besar berbanding pendahulunya. Melaluinya, ia sudah semestinya akan memberikan nisbah skrin-ke-badan dan paparan yang lebih baik.

Dalam perkembangan terkini, harga jualannya pula dilaporkan telah tertiris menerusi perkongsian di platform penjualan digital popular di China, JD.com. Redmi Watch 2 akan dijual pada harga RMB399 iaitu sekitar RM260. Di samping itu, ia turut memperlihatkan rekaan pada jam tangan berkenaan secara menyeluruh. Tetapi, tidak mendedahkan spesifikasi dengan lebih lanjut.

Sumber : Gizmochina

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd