Intel bakal melancarkan siri CPU dan papan induk mereka yang hadir dengan sokongan untuk memori DDR5, dan AORUS, jenama subsidiari dibawah GIGABYTE nampaknya akan hadir dengan kit memori DDR5 mereka sendiri untuk mereka yang mahu membangunkan sebuah komputer dengan jenama penuh AORUS.
Kit yang diperlihatkan hadir dengan dua batang memori DDR5 dengan kapasiti 16GB x2 untuk pilihan memori penuh 32GB yang nampaknya akan menjadi norma bagi mereka yang mahu membangunkan komputer dengan siri CPU Intel terbaru ini.

Memori DDR5 AORUS ini juga akan hadir dengan kelajuan 5200MHz yang berkemungkinan besar akan menjadi kelajuan asas untuk memori DDR5 ini juga. Dari segi rekaan, memori DDR5 keluaran AORUS ini hadir dengan rekaan serba hitam dengan rekaan logo jenama tersebut.
Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan kemampuan lewah-jam automatik XMP 3.0 yang akan meningkatkan prestasi memori ini dengan pilihan mudah dalam BIOS sahaja.
AORUS juga dijangka akan tiba dengan pilihan memori yang lebih besar, tetapi buat masa ini tidak diketahui lagi.
Sumber: VideoCardz