Carian
Tiga Sesi di Adobe MAX 2021 Minggu Ini Dikendalikan Warga Malaysia
October 25, 2021 Ikhwan Nazri

Pelbagai acara besar dunia teknologi berlangsung setiap tahun dan bagi dunia kreatif, Adobe MAX merupakan aktiviti tahunan yang ditunggu penggiat industri kreatif. Menarik sekali pada tahun ini, terdapat tiga sesi yang dikendalikan warga Malaysia bakal memeriahkan Adobe MAX dan berkongsi ilmu mereka di persada antarabangsa. 

Pada hari Rabu 27 Oktober ini, selepas ucaptama Adobe MAX oleh CEO Adobe iaitu Shantanu Narayen sekitar jam 9 Pagi waktu Malaysia, Henry Golding akan mengadakan sesi membincangkan perjalanan kreatif dalam dunia seni dan juga video sebagai ekspresi pada jam 1130-12 tengahari.

Ia seterusnya disusuli oleh sesi tutorial oleh Najihah Najlaa yang akan berkongsi mengenai tips dalam menggunakan Adobe Premiere Pro dan juga After Effects pada jam 1-1:30 petang. Tidak terhenti disitu, pada hari yang sama Ahady Rezan & Shaz Sharif akan berkongsi mengenai teknik fotografi peranti mudah alih sewaktu sesi mereka jam 2:30-3 petang. Kesemua waktu yang dinyatakan ini adalah waktu Malaysia.

Untuk kali kedua, kesemua sesi ini akan dilakukan secara atas talian dan anda boleh mendaftar untuk mengikuti kesemua sesi tutorial secara percuma. Acara Adobe MAX ini akan berlangsung minggu ini 27-28 Oktober dan jika anda seorang penggiat industri kreatif anda perlu meluangkan masa menyertai acara ini.

Komen