Samsung Galaxy S22 Ultra Dijangka Menawarkan Pengecasan Pantas 45W

Diterbitkan pada Okt 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung melalui telefon mercu terbaru mereka pada tahun 2022 dijangka akan menyertakan sokongan pengecasan pantas, selaju 45W.

Untuk makluman, sebelum ini, Samsung sekadar menawarkan pengecasan pantas 25W sahaja pada telefon mercu mereka, dan semestinya pengenalan pengecasan pantas 45W ini dinantikan ramai.

Samsung Galaxy S21

Ciri ini dijangka eksklusif untuk Galaxy S22 Ultra, dimana ia turut dijangka hadir dengan bateri 5000mAh. Pengguna dijangka hanya memerlukan sekitar 35 minit untuk pengecasan sekitar 70% bateri peranti berkenaan.

Walaupun pengecasan pantas Samsung masih dibelakang jikalau dibandingkan dengan pengeluar lain yang menawarkan pengecasan sehingga 65W atau 120W – ini mungkin kerana Samsung mengambil langkah berjaga-jaga, dan supaya insiden Galaxy Note 7 tidak berulang lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami