Pada minggu lepas, Apple telah memperkenalkan MacBook Pro baharu dengan cip berkuasa, dan juga rekaan skrin bertakuk. Terbaru, bercakap lanjut mengenainya, salah seorang pengurus bahagian Mac memberikan komen lanjutan berkaitan langkah berkenaan.

Menurut Shruti Haldea, takuk pada skrin MacBook Pro memberikan lebih ruangan untuk pengguna bekerja dan menggunakan skrin mereka. Malah, bahagian takuk berkenaan adalah pada bar menu. Apabila pengguna menggunakan aplikasi pada skrin penuh, takuk berkenaan dan bahagian menu tersembunyi – dan memberikan pengguna ruangan fokus penuh untuk melakukan tugasan mereka.
Dengan perkembangan terbaru ini, tidak mustahil kita melihat Apple mengekalkan rekaan ini pada masa akan datang, dan mungkin menyertakan Face ID bersama-sama dengannya.